Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2015

Cadangan, Isu & Langkah Penyelesaian

Demi meneruskan dan memperjuangkan nasib JTK yang berkhidmat di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) terutamanya yang sedang berkhidmat atau berpengalaman berkhidmat di sekolah-sekolah, mohon kerjasama semua Persatuan JTK Negeri, JPN, BTP, PPD, PKG atau individu bagi mengemukakan kertas kerja / slide isu yang berbangkit, cadangan dan langkah penyelesaian kepada pihak CTSU untuk kami satukan sebelum dipanjangkan kepada pihak KPM kelak. Semua kertas cadangan ini penting untuk pihak CTSU kaji dan tumpukan sebelum digabungkan dengan lain-lain isu dari pihak lain. Cadangan tersebut bolehlah dihantar terus melalui emel di alamat ctsu@ctsu.my . Terima kasih.

Kunjungan Hormat CTSU Bersama Pengarah BPO

Pada tanggal 25 Ogos 2015, CTSU yang diwakili oleh lima orang AJK telah membuat kunjungan hormat bersama Pengarah Bahagian Pembangunan Operasi, JPA iaitu Ybhg. Dato' Haji Mansor Bin Man. Antara intipati kunjungan adalah bagi memperkenalkan kewujudan CTSU kepada Ybhg. Dato' disamping berkongsi maklumat berkenaan isu semasa yang berkaitan dengan Skim Juruteknik Komputer. Diharap hubungan yang terjalin ini akan kekal untuk masa-masa akan datang bagi memudahkan urusan makluman hal-hal berkaitan Skim Juruteknik Komputer dapat diwakili dan disampaikan oleh/kepada CTSU secara rasminya. Insya'allah. *Pihak CTSU mengalu-alukan penyertaan daripada Juruteknik Komputer Sektor Awam (termasuk Badan Berkanun) seluruh Semenanjung Malaysia untuk menjadi ahli yang berdaftar.

CTSU Tawan Broga

Alhamdulillah, program "Jom Mendaki Bersama CTSU" telah berlangsung dengan jayanya dimana seramai 26 orang JTK telah hadir termasuk 4 org AJK CTSU dan juga beberapa orang JTK dari sektor swasta. Diharap program seumpama ini dapat menjalin ukhwah sesama JTK disamping mendapat penyertaan yang lebih ramai lagi pada masa-masa akan datang. Terima kasih.

Jom Mendaki Bersama CTSU

Mendaki sambil menikmati pemandangan matahari di Bukit Broga. *semua FT dijemput hadir samada ahli CTSU atau tidak. *berkenalan & erat silaturrahim sesama FT. *aktiviti santai & riadah, lari dari tugas harian sebentar. *makan & minum tidak disediakan. *peserta digalakkan membawa air & sebiji epal atau coklat. *sila sahkan kehadiran anda pada mana2 AJK CTSU. ICT for All.

Projek TOPS

Projek TOPS TOPS-IBM TechTalk Day 23 April 2015 (Khamis) | 8.30 pagi - 5.00 petang | Putrajaya Marriott Hotel Terbuka kepada 150 personel Skim F! Pautan Pendaftaran: http://goo.gl/forms/hYCW3ocFYI

Tahniah dan Syabas!

Sekalung penghargaan dan tahniah diucapkan ke atas penganugerahan pangkat Mejar Jeneral (Kehormat) kepada YBhg. Mejar Jeneral (K) Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.

Hebahan Kursus

JEMPUTAN daripada Persatuan Juruanalisa Sistem Sektor Awam - Special Interest Group on System Developmet (PERJASA SIG SD) An Introduction: Developing Agile Internet Applications Using Laravel Framework PERJASA dengan kerjasama Pasukan Projek TOPS (MAMPU), Persatuan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (PESIMA) dan Kesatuan Kakitangan Skim Juruteknik Komputer Dalam Perkhidmatan Awam Semenanjung Malaysia (CTSU) julung kalinya akan mengadakan kursus An Introduction: Developing Agile Internet Applications Using Laravel Framework dengan kepakaran dalaman seperti ketetapan berikut: Tarikh : 19 April 2015 (Ahad) Masa : 9.00am - 4.00pm Tempat : Bilik Bengkel, Aras 6, MAMPU Cyberjaya Konsep: BYOD (pohon bawa laptop masing-masing) Modules: 1. Laravel framework - An Introduction 3. Laravel MVC state of the art 4. Installation & configuration 5. Scaffolding 6. CRUD 7. Laravel & Bootstrap 8. Demo Penceramah : En. Mohamed Hairul bin Othman, PERJASA SIG SD (STATS) Fasilitator : En. H...

Penerangan CTSU di JPN, Negeri Sembilan

Sesi taklimat CTSU telah diadakan pada Rabu,18 Mac 2015 bertempat di Dewan Putera, Sekolah Menengah Sains Tunku Munawir, Negeri Sembilan oleh wakil dari CTSU. Program Profesionalisme Juruteknik Komputer ini adalah anjuran bersama Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan dan Persatuan Juruteknik Komputer Negeri Sembilan (ACTENS). Program selama satu hari itu telah dihadiri oleh 119 orang Juruteknik Komputer Negeri Sembilan. Objektif program itu adalah untuk memberi pendedahan kepada juruteknik komputer  mengenai pengurusan kerja berkualiti, meningkatkan motivasi diri, memupuk keyakinan diri, memahami skop kerja dan tugas juruteknik komputer. Di samping itu, program ini dapat dijadikan medan perkongsian maklumat mengenai perkakasan, perisian serta peralatan ( tools ) menyelenggara perkakasan ICT.   Peserta program memberikan maklum balas yang positif daripada penerangan wakil CTSU. Perkara yang paling menarik minat peserta adalah berkaitan isu pelarasan gaji bagi peng...

CTSU di HRMIS

Kini ahli CTSU boleh mengemaskini rekod peribadi dengan menambah pada ruangan ‘ Persatuan ‘, iaitu Kesatuan Kakitangan Skim Juruteknik Komputer Dalam Perkhidmatan Awam Semenanjung Malaysia, ‘Tarikh Masuk’ boleh rujuk pada resit pertama pembayaran manakala jumlah yuran boleh letak RM60.00 untuk tempoh setahun keahlian.

CUEPACS harap dapat perhalusi penambahbaikan 252 Skim Perkhidmatan

KLANG: CUEPACS berharap dapat diberi peluang untuk memperhalusi cadangan penambahbaikan 252 Skim Perkhidmatan yang dibuat oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sebelum ia dibentangkan ke kabinet serta diumumkan. Presidennya, Datuk Azih Muda, berkata ia bagi mengelakkan daripada timbul perasaan tidak puas hati dalam kalangan kakitangan awam selepas ia diumumkan. Selain itu, katanya, CUEPACS mahu supaya perjawatan terendah dalam Skim Perkhidmatan Awam iaitu gred 11, diambil kira berikutan fungsi dan tanggungjawab jawatan berkenaan yang berat yang perlu dipikul penyandangnya. Sumber dari Berita Harian : http://www.bharian.com.my/node/37018

Tatacara Pendaftaran Keahlian CTSU

Tatacara & Proses Pendaftaran Keahlian CTS Union Download borang dari mana-mana yang dihebahkan atau link dibawah. Lengkapkan borang (sila abaikan bahagian D dan E). Pos borang yang lengkap beserta salinan kad pengenalan yang telah disahkan ke alamat berikut: Setiausaha, Kesatuan Kakitangan Skim Juruteknik Komputer Dalam Perkhidmatan Awam Semenanjung Malaysia d/a [sedang dikemaskini] (u/p : [sedang dikemaskini) *Bagi mereka yg berkhidmat di sekolah-sekolah bawah JPWPKL boleh hantar melalui pigeon hole M5.   Yuran keahlian RM10.00 dan bulanan RM5.00 sahaja. Pembayaran boleh dibuat ke akaun bendahari; Mohd Shahrulhaj bin Ahmad Ramlan , Maybank 1620 5876 0200 dan boleh dihubungi ditalian 0111-303 2865 atau emel shahrulhaj@jpn.gov.my (sila perkenalkan diri bagi mengelakkan kekeliruan). Slip bukti pembayaran hendaklah dikemukakan terus kepada bendahari. Borang keahlian CTSU boleh dimuat turun disini melalui; [ Google Drive ] atau [ Scribd ] atau [ Dropbox ] at...

Sukarelawan ICT Pasca Bencana

Banjir kali ini antara yang terburuk yang melanda negara kita, banyak harta benda rosak dan musnah. Namun kehidupan selepas bencana perlu diteruskan. Oleh itu PERJASA, PESIMA dan CTSU telah merancang untuk menghulurkan bantuan pasca bencana kepada mangsa-mangsa banjir dan juga agensi kerajaan yang terlibat. Kami memerlukan anda sebagai Sukarelawan ICT untuk bersama-sama dengan kami bagi membantu kerja-kerja pembersihan dan pemulihan selepas benc ana. Antara sumbangan yang boleh kita berikan termasuklah (tetapi tidak terhad) : - Membaiki kerosakan peralatan ICT (sekiranya boleh) - Membantu kerja - kerja pelupusan - Mencuci dan membersihkan kesan-kesan banjir - Menghulurkan sumbangan kepada mangsa banjir Mendaftarlah di http://bit.ly/SukarelawanICT Sama-sama kita hulurkan tangan, ringankan beban. Ingin mendaftar sebagai ahli CTSU...? * Download borang keahlian disini -->  [ Google Drive ] atau [ Scribd ] atau [ Dropbox ] atau [ 4Shared ] * Tatacara ...

Perubahan Penetapan Gaji Permulaan

Surat pekeliling dan maklumat lanjut berkenaan perubahan tersebut boleh dalayari dan dimuaturun pada pautan berikut; Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1/2014 . Sekian dimaklumkan.

Pemangkuan JTK FT17 ke FT22 Gunasama

URUSAN PEMANGKUAN JURUTEKNIK KOMPUTER GRED FT17 KE GRED FT22 PERKHIDMATAN GUNASAMA PERSEKUTUAN (SEKTOR DALAM NEGERI) Berikut adalah syarat kelayakan JTK FT17 yang layak memohon; telah disahkan dalam perkhidmatan; telah dilantik jawatan Juruteknik Komputer Gred FT17 sebelum atau pada 31 Disember 2002; mencapai markah LNPT 3 tahun terkini (2011, 2012 dan 2013) tidak kurang 80%; lulus tapisan keutuhan SPRM; telah isytihar harta berdasarkan peraturan yang sedang berkuat kuasa; bebas daripada disenaraikan sebagai Peminjam Pendidikan Tegar; bebas daripada tindakan atau hukuman tatatertib; dan diperaku oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan. Untuk maklumat lanjut dan urusan permohonan boleh rujuk pada pautan berikut; Surat Edaran: JPA.BK(S)53/26(27) . Selamat berjaya.