Sesi temu mesra Ybhg. Tan Sri Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam bersama Penjawat Skim Perkhidmatan Teknologi Maklumat yang berlangsung di Hotel Equatorial, Melaka pada Isnin, 29hb September 2014, yakni melibatkan Penjawat Awam Skim F dan FT. Ingin dimaklumkan disini bahawa pihak CTSU seluruhnya tidak terlibat dengan segala agenda negatif yang bertujuan untuk menganggu perjalanan sesi temu mesra tersebut yang boleh merosakkan hubungan Penjawat Awam (Skim F dan FT khususnya) dengan Ybhg. Tan Sri. Presiden CTSU juga menyeru kepada Juruteknik Komputer dan Penjawat Skim F umumnya supaya dapat menjaga adab, tertib dan kredabiliti sebagai Penjawat Awam ketika berlangsungnya sesi temu mesra tersebut.
No. Pendaftaran Kesatuan : 1144