Memperjuangkan hak-hak dan kepentingan Juruteknik Komputer dalam Perkhidmatan Awam. Meneliti syarat-syarat perkhidmatan serta faedah- faedah lain termasuk gaji, elaun dan bonus. Membantu menyelesaikan masalah, kebajikan serta kefahaman terhadap arahan dan peraturan antara majikan dengan pegawai. Menjadikan semua ahli Kesatuan sebagai pekerja yang disebut di bawah Peraturan 3(1) dan memajukan kepentingan mereka dalam bidang perhubungan perkhidmatan, kemasyarakatan dan ilmu pengetahuan. Mengatur perhubungan di antara pekerja dengan majikan bagi maksud melaksanakan perhubungan yang baik, meningkatkan daya pengeluaran dan memperolehi serta mengekalkan sukatan gaji yang adil dan sesuai kepada ahli-ahlinya menurut syarat-syarat pekerjaan yang telah ditetapkan. Mengatur perhubungan di antara ahli dengan ahli atau di antara ahli dengan lain-lain pekerja atau di antara ahli dengan Kesatuan atau pegawai Kesatuan dengan Kesatuan dan menyelesaikan sebarang perselisihan at...