Langkau ke kandungan utama

Tujuan & Matlamat CTSU



  1. Memperjuangkan hak-hak dan kepentingan Juruteknik Komputer dalam Perkhidmatan Awam.
  2. Meneliti syarat-syarat perkhidmatan serta faedah-faedah lain termasuk gaji, elaun dan bonus.
  3. Membantu menyelesaikan masalah, kebajikan serta kefahaman terhadap arahan dan peraturan antara majikan dengan pegawai.
  4. Menjadikan semua ahli Kesatuan sebagai pekerja yang disebut di bawah Peraturan 3(1) dan memajukan kepentingan mereka dalam bidang perhubungan perkhidmatan, kemasyarakatan dan ilmu pengetahuan.
  5. Mengatur perhubungan di antara pekerja dengan majikan bagi maksud melaksanakan perhubungan yang baik, meningkatkan daya pengeluaran dan memperolehi serta mengekalkan sukatan gaji yang adil dan sesuai  kepada ahli-ahlinya menurut syarat-syarat pekerjaan yang telah ditetapkan.
  6. Mengatur perhubungan di antara ahli dengan ahli atau di antara ahli dengan lain-lain pekerja atau di antara ahli dengan Kesatuan atau pegawai Kesatuan dengan Kesatuan dan menyelesaikan sebarang perselisihan atau pertikaian di antara mereka itu dengan cara aman dan muafakat atau melalui jentera penimbangtara menurut kehendak Peraturan 27 dan 28.
  7. Memajukan kebajikan ahli-ahli Kesatuan dari segi sosial, ekonomi dan pendidikan menurut undang-undang.  
  8. Memberi bantuan kepada ahli-ahli jika dipersetujui oleh Majlis Jawatankuasa, seperti pembiayaan di masa teraniaya atau di masa pertikaian kerja.  
  9. Menganjurkan dan mengendalikan kursus, dialog, seminar, dan sebagainya untuk kebajikan ahli-ahli kesatuan khasnya dan para pekerja amnya.
  10. Secara amnya melaksanakan sebarang tujuan kesatuan sekerja yang sah di sisi undang-undang.

* Download borang keahlian disini --> [Google Drive] atau [Scribd] atau [Dropbox] atau [4Shared]
* Sebarang kemusykilan dan pertanyaan boleh WhatsApp @ sms Ahli Jawatankuasa pada waktu pejabat sahaja.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini