Sesi taklimat CTSU telah diadakan pada Rabu,18 Mac 2015 bertempat di Dewan Putera, Sekolah Menengah Sains Tunku Munawir, Negeri Sembilan oleh wakil dari CTSU. Program Profesionalisme Juruteknik Komputer ini adalah anjuran bersama Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan dan Persatuan Juruteknik Komputer Negeri Sembilan (ACTENS). Program selama satu hari itu telah dihadiri oleh 119 orang Juruteknik Komputer Negeri Sembilan. Objektif program itu adalah untuk memberi pendedahan kepada juruteknik komputer mengenai pengurusan kerja berkualiti, meningkatkan motivasi diri, memupuk keyakinan diri, memahami skop kerja dan tugas juruteknik komputer. Di samping itu, program ini dapat dijadikan medan perkongsian maklumat mengenai perkakasan, perisian serta peralatan ( tools ) menyelenggara perkakasan ICT. Peserta program memberikan maklum balas yang positif daripada penerangan wakil CTSU. Perkara yang paling menarik minat peserta adalah berkaitan isu pelarasan gaji bagi peng...