Sesi taklimat CTSU telah diadakan pada
Rabu,18 Mac 2015 bertempat di Dewan Putera, Sekolah Menengah Sains Tunku
Munawir, Negeri Sembilan oleh wakil dari CTSU. Program Profesionalisme
Juruteknik Komputer ini adalah anjuran bersama Jabatan Pelajaran Negeri
Sembilan dan Persatuan Juruteknik Komputer Negeri Sembilan (ACTENS).
Program selama satu hari itu telah dihadiri oleh 119 orang Juruteknik
Komputer Negeri Sembilan.
Objektif program itu adalah untuk memberi pendedahan kepada juruteknik komputer mengenai pengurusan kerja berkualiti, meningkatkan motivasi diri, memupuk keyakinan diri, memahami skop kerja dan tugas juruteknik komputer. Di samping itu, program ini dapat dijadikan medan perkongsian maklumat mengenai perkakasan, perisian serta peralatan (tools) menyelenggara perkakasan ICT.
Peserta program memberikan maklum balas yang positif daripada penerangan wakil CTSU. Perkara yang paling menarik minat peserta adalah berkaitan isu pelarasan gaji bagi pengalaman bekerja swasta. Banyak persoalan yang diajukan kepada wakil CTSU bagi mendapatkan pencerahan mengenai isu ini. Rata-rata apabila ditanya pengalaman bekerja sebelum menyertai sektor kerajaan, kebanyakan mereka pernah bekerja swasta dan mencapai tempoh bekerja antara 2 hingga 8 tahun lamanya.
CTSU diharap menjadi pemangkin dan pemudah cara untuk membuat hubungan yang baik dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam bagi membantu golongan Juruteknik Komputer ini memohon pelarasan gaji berdasarkan pengalaman bekerja swasta.

Semoga usaha yang kecil ini dapat menarik minat lebih ramai keahlian Juruteknik Komputer untuk menyertai CTSU demi membela nasib pekerja skim perkhidmatan Juruteknik Komputer dalam perkhidmatan awam.
Ulasan
Catat Ulasan