Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2016

Mohon Maklumat Kelulusan FT

Seiring dengan edaran Pekeliling Bilangan 1 Tahun 2016, pihak CTSU sedang cuba mengumpulkan maklumat berkenaan mana-mana Juruteknik Komputer yang mempunyai Sijil dan Diploma yang tidak berkaitan dan yang TIDAK tersenarai dalam kelayakan naik taraf ke FA29. CTSU dengan ini memohon kepada rakan FT yang berkenaan supaya menghantar maklumat kos dan subjek yang diambil beserta transkrip kepada CTSU untuk tujuan diangkat semula kepada JPA. Kos dan bidang yang diambil perlulah mempunyai subjek yang berkaitan dengan Teknologi Maklumat, Pengaturcaraan, Sains Komputer, Kejuruteraan Komputer serta Rangkaian atau yang berkaitan. Mohon emelkan maklumat tersebut kepada CTSU. Nama : Nombor Kad Pengenalan : Alamat bertugas : Pengalaman dalam bidang IT : Nombor Keahlian CTSU jika ada : *Attachkan sekali Sijil /Diploma dan transkrip kelulusan. Sila emelkan kepada ctsukebajikan@gmail.com Tarikh akhir pengumpulan maklumat adalah pada 29 April 2016. Terima kasih.

Q & A Berkenaan Dengan Penambahbaikan Skim FT

Berikut merupakan maklum balas daripada pertanyaan berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1/2016: a) Sekiranya saya tandatangan borang opsyen terima lantikan FA29, adakah mulai 1 Julai 2016 saya sebagai FA29 atau saya perlu menunggu kekosongan sekiranya untuk naik ke jawatan tersebut? Sekiranya memenuhi syarat, opsyen tersebut akan berkuatkuasa pada 1 Julai 2016 dan tidak tertakluk kepada kekosongan jawatan. b) Adakah saya perlu bertukar tempat kerja atau kekal di tempat yang sama sebagai FA29. Sekiranya kekosongan jawatan sedia ada tidak dapat menampung bilangan pegawai yang ditukar lantik, pegawai kekal di jawatan sedia ada secara Khas Untuk Penyandang (KUP). Penempatan secara KUP akan ditamatkan apabila pegawai mengisi jawatan secara hakiki. c) Adakah KGT dan kenaikan Elaun Perkhidmatan Awam dari RM115 menjadi RM160 mulai Julai 2016? Tidak. KGT baru akan mula diterima pada tahun 2017. d) Sekiranya tiada kekosongan adakah saya tidak layak untuk ditukar lantik FA29...

Penambahbaikan Skim FT

Pada 14 April 2016, JPA telah mengeluarkan Pekeliling berkenaan dengan penambahbaikan 252 Skim perkihidmatan awam, yang mana skim Juruteknik Komputer turut tersenarai sama dalam penambahbaikan tersebut. Untuk maklumat lanjut, boleh layari terus ke laman sesawang JPA, disini . Atau muat turun Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016, disini .

Penangguhan Dasar Berkursus 7 Hari

JPA secara rasminya telah mengeluarkan surat edaran berkenaan dengan Penangguhan Penguatkuasaan Pelaksanaan Dasar Berkursus Tujuh Hari Setahun Bagi Anggota Perkhidmatan Awam. Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Unit Perunding Dasar Latihan, Bahagian Pembangunan Modal Insan , Jabatan Perkhidmatan Awam di talian: 1. Puan Nurulzuhrah Mohd. Jamid     : 03-8885 3443 2. Puan Aida Marhaini Hassan          : 03-8885 3677 3. Puan Nurul Aini Ibrahim                : 03-8885 3367 4. Puan Siti Noor Laddawan Johari    : 03-8885 3362 Muat Turun: Surat Edaran: JPA(I)S.175/4/1-1 Klt .22 (38)