Langkau ke kandungan utama

Q & A Berkenaan Dengan Penambahbaikan Skim FT

Berikut merupakan maklum balas daripada pertanyaan berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1/2016:

a) Sekiranya saya tandatangan borang opsyen terima lantikan FA29, adakah mulai 1 Julai 2016 saya sebagai FA29 atau saya perlu menunggu kekosongan sekiranya untuk naik ke jawatan tersebut?
Sekiranya memenuhi syarat, opsyen tersebut akan berkuatkuasa pada 1 Julai 2016 dan tidak tertakluk kepada kekosongan jawatan.

b) Adakah saya perlu bertukar tempat kerja atau kekal di tempat yang sama sebagai FA29.
Sekiranya kekosongan jawatan sedia ada tidak dapat menampung bilangan pegawai yang ditukar lantik, pegawai kekal di jawatan sedia ada secara Khas Untuk Penyandang (KUP). Penempatan secara KUP akan ditamatkan apabila pegawai mengisi jawatan secara hakiki.

c) Adakah KGT dan kenaikan Elaun Perkhidmatan Awam dari RM115 menjadi RM160 mulai Julai 2016?
Tidak. KGT baru akan mula diterima pada tahun 2017.

d) Sekiranya tiada kekosongan adakah saya tidak layak untuk ditukar lantik FA29?
Jika tiada kekosongan, puan akan kekal di jawatan sedia ada secara KUP.

e) Adakah saya perlu menghadiri sebarang peperiksaan untuk ditukar lantik ke Skim FA29 walaupun mempunyai kelayakan iaitu Diploma dalam bidang IT?
Tidak perlu. Puan boleh menerima opsyen sekiranya mempunyai kelayakan dari mana-mana dari berikut: -
(i) sijil dalam bidang teknologi maklumat atau pemprosesan data daripada politeknik/setaraf; atau
(ii) sijil dalam bidang kejuruteraan elektronik (komputer) daripada politeknik/setaraf; atau
(iii) diploma dalam bidang sains komputer atau teknologi maklumat; atau
(iv) diploma dalam bidang kejuruteraan komputer.
(salinan daripada posting FB saudari Safinas Acu)
Terima kasih.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini