Langkau ke kandungan utama

HEBAHAN PELAWAAN MENGIKUTI KURSUS KOMPETENSI TEKNIKAL ICT ANJURAN MAMPU



Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) akan melaksanakan kursus Kompetensi Teknikal ICT yang bertujuan untuk meningkatkan kompetensi dan profesionalisme Pegawai Perkhidmatan Sistem Maklumat Sektor Awam. 

Sehubungan itu, MAMPU ingin mempelawa semua pegawai Perkhidmatan Sistem Maklumat Persekutuan (Skim F) khusus untuk Juruteknik komputer di bawah lantikan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) untuk mengikuti kursus teknikal ICT. Pelaksanaan kursus dijangka pada September hingga November 2020. Maklumat mengenai kursus adalah seperti di bawah :

SENARAI KURSUS KOMPETENSI TEKNIKAL ICT 

Kursus

Bidang  pengkhususan

Bil. Hari

Gred

Pengenalan Kepada Pusat Data

Pengurusan Pusat Data

2-3

FT19 – FT28

IoT

Pengurusan Enterprise ICT

2-3

Semua gred

Blockchain

Pengurusan Enterprise ICT

2-3

Semua gred

Network Infrastructure Administrator/ Network Administrator

Pengurusan Rangkaian ICT

2-3

F44/F41



Pegawai yang berminat untuk menyertai kursus ini, boleh mendapatkan borang melalui e-mel ctsu.sekretariat@gmail.com selewat-lewatnya pada 21 Ogos 2020 (Jumaat) dan borang permohonan akan di hantar kepada urus setia Pasukan Kompetensi MAMPU, Bahagian Pembangunan Strategik dan Arkitektur ICT.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini