Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) akan melaksanakan kursus Kompetensi Teknikal ICT yang bertujuan untuk meningkatkan kompetensi dan profesionalisme Pegawai Perkhidmatan Sistem Maklumat Sektor Awam. Sehubungan itu, MAMPU ingin mempelawa semua pegawai Perkhidmatan Sistem Maklumat Persekutuan (Skim F) khusus untuk Juruteknik komputer di bawah lantikan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) untuk mengikuti kursus teknikal ICT. Pelaksanaan kursus dijangka pada September hingga November 2020. Maklumat mengenai kursus adalah seperti di bawah : SENARAI KURSUS KOMPETENSI TEKNIKAL ICT Kursus Bidang pengkhususan Bil. Hari Gred Pengenalan Kepada Pusat Data Pengurusan Pusat Data 2-3 FT19 – FT28 IoT Pengurusan Enterprise ICT 2-3 Semua gred Blockchain Pengurusan Enterprise ICT 2-3 Semua gred...
MAMPU akan menganjurkan Program Hackathon Data Terbuka 2018 secara dalam talian (online) pada 18 hingga 24 September 2018. Objektif program hackathon ini adalah untuk menyediakan platform bagi penciptaan aplikasi/ produk data yang kreatif, berkualiti dan berinovasi, memanfaatkan keupayaan Data Terbuka dalam penghasilan aplikasi/ produk data dan menggalakkan inovasi Data Terbuka dalam sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan. Pertandingan ini terbahagi kepada tiga (3) kategori penyertaan iaitu Sektor Awam, universiti & industri dan pelajar sekolah menengah. Program Hackathon ini merupakan satu platform pertandingan pembangunan aplikasi yang diadakan secara berterusan tanpa henti selama 168 jam (7 hari). Peserta dikehendaki membangunkan aplikasi/produk data menggunakan set Data Terbuka yang terdapat di Portal Data Terbuka ( www.data.gov.my ) dan juga set data daripada sumber yang lain. Penyertaan adalah secara individu atau berkumpulan. Pelaksanaan program Hackathon selama 168 j...