Langkau ke kandungan utama

Urusan Pemangkuan FT19 ke FT22



Salam Sejahtera,

Saudara dan Saudari,

URUSAN PERTIMBANGAN PEMANGKUAN JURUTEKNIK KOMPUTER GRED FT19 KE GRED FT22 (PERKHIDMATAN BUKAN GUNASAMA PERSEKUTUAN)

Sukacita dimaklumkan Bahagian Khidmat Pengurusan MAMPU kini dalam proses melaksanakan urusan pertimbangan pemangkuan bagi skim perkhidmatan Juruteknik Komputer (JTK) Gred FT19 ke Gred FT22 (Perkhidmatan Bukan Gunasama Persekutuan).

Kepada semua JTK Gred FT19 yang layak dipertimbangkan pemangkuan ke Gred FT22 apabila memenuhi syarat-syarat dilantik ke gred FT19 pada 31 Julai 2006 dan sebelum (tidak termasuk pegawai yang telah memenuhi syarat time-based berasaskan kecemerlangan (TBK1) adalah dimohon untuk berhubung dahulu melalui Bahagian Sumber Manusia Kementerian/ Jabatan/Agensi Saudara dan Saudari untuk mengemukakan dokumen permohonan yang lengkap ke Seksyen Sumber Manusia, BKP MAMPU sebelum atau pada 14 September 2018 (Jumaat).

Sebarang pertanyaan berhubung urusan pemangkuan ini boleh diajukan terus kepada pegawai-pegawai Bahagian Khidmat Pengurusan MAMPU berikut:

  1. Puan Nur Aimi Hakimah binti Md Fiah    03-88723183
  2. Puan Nor Azura binti Amit                       03-88726390


Sekian.

Setiausaha CTSU


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini