Langkau ke kandungan utama

CTSU : Q & A


Berikut beberapa kemusykilan dan soalan yang sering ditanya kepada AJK CTSU;

Q : Di mana nak dapatkan borang CTSU?
A : Rujuk --> http://kesatuanjtk.blogspot.com/2014/05/tatacara-proses-pendaftaran-keahlian.html

Q : Adakah terdapat tarikh akhir keahlian?
A : Tidak. Keahlian dibuka pada bila-bila masa.

Q : Kenapa perlu hantar borang pencalonan AJK tertinggi secepat mungkin? 
A : Kerana AJK Penaja perlu menghantar kertas undian AJK tertinggi dan menerima kembali kertas undian tersebut dalam tempoh masa 15 hari dari tarikh TGM.

Q : Boleh tak emel atau faks borang keahlian?
A : Tak boleh. Pihak AJK memerlukan tandatangan hidup ahli.

Q : Kenapa Kesatuan tidak mewujudkan akaun (bank) sendiri untuk memudahkn ahli membayar yuran? 
A : Pihak penaja memang akan membuka akaun Kesatuan dalam masa terdekat dengan syarat ahli dapat memberi kerjasama dengan membayar yuran keahlian sekurang-kurangnya pihak penaja memerlukan RM2000.00 untuk membuka akaun semasa.

Q : Keahlian CTSU untuk Semenanjung Malaysia sahaja. Kenapa tidak dimasukkan sekali Sarawak, dan Sabah?
A : Ianya syarat yang telah ditetapkan JHEKS, melainkan Sabah dan Sarawak menubuhkan Kesatuan mereka sendiri maka CTSU boleh bergabung setelah tertubuhnya Kesatuan di Sabah dan Sarawak.

Q : Kenapa TGM perlu dilaksanakan pada bulan puasa dan bukan hari raya atau selepas raya? 
A : Syarat dari JHEKS, Kesatuan perlu menjalankan TGM dalam tempoh masa 6 bulan dari tarikh pendaftaran kesatuan. Sekiranya pihak penaja gagal menjalankan TGM dalam tempoh yang ditetapkan maka Kesatuan secara automatik dianggap terbatal.


* Download borang keahlian disini --> [Google Drive] atau [Scribd] atau [Dropbox] atau [4Shared]
* Sebarang kemusykilan dan pertanyaan boleh WhatsApp @ sms Ahli Jawatankuasa pada waktu pejabat sahaja.

  

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini