Langkau ke kandungan utama

Kami Orang IT


Kami Orang IT

Jika komputer ada masalah, kami yang akan dicari
Kekadang bukan sekadar komputer, malah semua jenis peranti
Dari sistem siaraya, sampai ke sebesar lidi
Kalau jawab tak tahu, memang akan kena maki

Dalam gomen, paling rendah gred FT
Paling tinggi pun, boleh takat gred khas B
Tapi lagi ramai yang gigit jari
Tengok rakan skim lain naik berlari-lari
Walau bagaimanapun kami tak dengki
Walaupun ada sedikit rasa iri hati
Kami tetap jalankan amanah yang diberi
Pastikan lancar semua perkhidmatan ICT

Kami orang IT
Bangunkan sistem memang kerja kami
Ada yang outsource tapi banyak kami buat sendiri
Walaupun ada pelanggan yang tak reti-reti
Kalau boleh sistem dia nak siap dalam satu hari
Ingat kami develop pakai serapah dan jampi ?

Pasal keselamatan ramai yang tak ambil peduli
Dia akan muat turun segala yang berkenan di hati
Bila virus dah penuh di pc
Mula nak minta pc diganti

Kami orang IT
Kerja kami bukanya mudah
Pengodam serang tak henti - henti
Kekadang kena berjaga sampai jam 3 pagi
Semata nak pastikan, semua data terjaga rapi

Memang betul ada yang coding pun tak reti
Tapi dalam it, kami ada 8 bidang yang menanti
Setiap satu penting sekali
Tak pandai yang itu, tapi mungkin mahir yang ini
Jika diswasta dan juga GLC
Suasanya berbeza jauh sekali
Masuk kerja dah boleh pakai City dan Camry
Dalam gomen, boleh la takat Saga dan Myvi
Tolonglah kami, bantulah kami
Berikanlah laluan kerjaya yang pasti
Kami berjanji, akan bekerja dengan penuh integriti
Setia pada negara, sehingga mati

Crdts
Mohd Naim
Sungai Merab
18 Jun 2014



* Download borang keahlian CTSU disini --> [Google Drive] atau [Scribd] atau [Dropbox] atau [4Shared]
* Tatacara & Proses Pendaftaran Keahlian CTS Union.
* Sebarang kemusykilan dan pertanyaan boleh WhatsApp @ sms Ahli Jawatankuasa pada waktu pejabat sahaja.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini