Demi meneruskan dan memperjuangkan nasib
JTK yang berkhidmat di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
terutamanya yang sedang berkhidmat atau berpengalaman berkhidmat di
sekolah-sekolah, mohon kerjasama semua Persatuan JTK Negeri, JPN, BTP,
PPD, PKG atau individu bagi mengemukakan kertas kerja / slide
isu yang berbangkit, cadangan dan langkah penyelesaian kepada pihak CTSU
untuk kami satukan sebelum dipanjangkan kepada pihak KPM kelak.
Semua kertas cadangan ini penting untuk
pihak CTSU kaji dan tumpukan sebelum digabungkan dengan lain-lain isu
dari pihak lain. Cadangan tersebut bolehlah dihantar terus melalui emel
di alamat ctsu@ctsu.my.
Terima kasih.
Ulasan
Catat Ulasan